Friday, 9 December 2011

DODOL TEMPAT BERBAGI CANDA, MENUMPAH IKATAN KASIH

DODOL...
Begitu istimewa dalam hidupku

DODOL
Sumber aspirasiku

DODOL
Hidupku penuh coretan

DODOL
Tempat ku bercanda ria

DODOL
Tempat ku berkasih sayang

DODOL
Aku dapat membahagi segala kesengsaraan

DODOL
Mengerti perasaanku



DODOL
Pengukir senyum kocak kebahagiaan

DODOL
Hidupku penuh sinar

SECANGKIR KOPI PENIUP SEMANGAT SANG PENULIS



SECANGKIR KOPI MEMBEKALKAN KECEKALAN DAN SEMANGAT SANG PENULIS...

SETIAP KALI MATAKU TERASA MENGANTUK

KOPI PEKAT INILAH YANG MENIUP KEMBALI KEKUATAN DIRIKU..

UNTUK MENULIS DAN TERUS MENULIS...

TANPAMU KOPI...MUNGKIN KU SUDAH LONGLAI DI KAMAR CINTAKU...

HADIRMU DISISIKU AMAT BERHARGA BAGIKU...

TERIMA KASIH...KOPI.

SEBUKU ROTI---SEBUAH CERPEN






Tepung roti, yis kering, telur dan mentega adalah watak yang diadun dalam latarnya-bekas membuat roti.


Cara-cara membuat roti pula adalah teknik penceritaannya.


Roti  sudah tentu subjek atau temanya.

Ketulan tepung yang sudah diuli atas dulang dan kemudiannya dibakar dalam ketuhar adalah penyusunan peristiwa yang membangunkan cerita. 

Membentuk roti sama ada bulat atau pipih pula adalah stail atau gaya pengarang meluahkan ekspresi kata-katanya.

Maka jadilah roti-cerpen....

PUDING GULA HANGUS

                                               

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur ayam
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
  2. Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
  3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
  4. Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......


KHASIAT BUAH DELIMA

Buah yang manis
1- Membaikkan usus-usus dan menguatkannya.
2- Ianya kurang sesuai untuk orang demam.
3- Bila dimakan bersama roti, roti tersebut tidak hancur.
4- Untuk membersihkan bahagian dalam halkum dan sesuai mengubati batuk.




Buah yang masam 

1- Melawaskan kencing.
2- Menyucikan perut dan mencegah dari muntah.
3- Menurunkan kepanasan hati dan menguatkan anggota badan.
4- mencegah penyakit bagi hati dan penyakit dudina.
Boleh mengubati penyakit kuning mata putih :
- Ambil airnya lalu dicampurkan dengan sedikit madu, kemudian dipanaskan sehingga pekat dan disapu pada kening.




Khasiat Bijinya
1- Tumbuk bijinya sehingga halus dan campurkan sedikit madu, dapat mengubati kebenjolan dan luka yang teruk.
2- Jika menelan 3 bijinya akan terhindar sama sekali dari sakit mata untuk sepanjang tahun itu.

Kek Coklat Basah (kukus) Kegemaranku....


Bahan A
* 1 cawan serbuk koko 
* 1 cawan susu isian(cair)
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 cawan gula
* 1 cawan minyak masak
* 3 biji telur

Bahan B
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil soda bikabonat
* 1 sudu kecil baking powder





Cara-cara  Membuat
 
* Campur serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.

* Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya. 

* Pukul telur hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan (masih dengan mixer pemukul telur tadi). 

* Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti dengan making powder dan soda bikarbonat dan gaul hingga sebati.

* Selepas itu, masukkan bahan A dan gaul atau kacau hingga sebati.. Selepas itu, tuang ke dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya.
 
* Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. 

            Selamat mencuba.......Selamat menikmati....



Makanan Penguat Ikatan Kekeluarga

MASAKAN IBU TIADA TANDINGAN DALAM HATI KELUARGAKU....
MASAKAN IBU MENJADIKAN KELUARGAKU BERKUMPUL, BERKERJASAMA DAN MENJADI KAMI BERGURAU SENDA DI DAPUR....KENANGAN SELALU MENCUIT HATIKU KETIKA BERADA BERJAUHAN MU IBU..AYAH...KELUARGAKU....
KU TITIKKAN RESEPI INI BAGI MENUMPAHKAN ISI RINDUKU....




BAHAN-BAHAN MEMBUAT NASI DAGANG IBUKU

* Beras pulut merah
* Santan pekat
* Bawang putih-dimayang
* Bawang merah-dimayang
* Halia - hiris nipis-nipis
* Sedikit halba
* garam, gula




CARA-CARANYA:
1. Bersihkan beras dan rendam seketika.
2. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
3. Toskan beras. Kukus sekejap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
4. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
5. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol, gulai ayam, telur tebus dan acar.
6. Selamat mencuba dan menikmati....

Sunday, 4 December 2011

Di Pintu Masjid















sebatang tongkat memakai
songkok berdiri
di pintu masjid
bercakap kepada
sidang jemaah:

     masuklah
     tanggalkan halobamu di luar
     tanggalkan dustamu di luar
     tanggalkan kepalsuanmu di luar
     tanggalkan penipuanmu di luar
     tanggalkan masalahmu di luar
     tanggalkan gelisahmu di luar
     tinggalkan nafasmu yang hitam
     tinggalkan nafsumu yang ungu
     tinggalkan matamu yang mendendam
     tinggalkan dadamu yang berdebu
     tinggalkan dan masuklah

    masuklah
    bawalah takwamu ke dalam
    bawalah tauhidmu ke dalam
    bawalah kebenaranmu ke dalam
    bawalah kepercayaanmu ke dalam
    bawalah keimananmu ke dalam
    bawalah ketenanganmu ke dalam
    bawalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah
    bawalah sifat-sifat mustahil bagi Allah
    bawalah nama-nama malaikatmu
    bawalah nama-nam nabimu
    bawalah dan masuklah..

sebagai renungan bersama.....
Antologi puisi T.Alias Taib

Kenangan Mengusik Kalbu padamu Ibu.....

Makanan ini membuatku rindu padamu ibu.....
Resepi ini ku tulis bagi melepaskan rinduku padamu....
Ketika penulisan ini ku lakukan...
Ku dapat membayangkan ibu dengan ku memasak dengan diwarnai gurau sendai bagi menyeri dapurku....
Ketika ku berada berjauhan denganmu......
Ku hanya kenangan itu sebagai memangkin semangatku......
Ku titikkan resepi ini untuk semua.....selamat mencuba.....


 Bahan-bahan
Jantung pisang - dibuang kelopak luar yang keras
2 sudu besar kerisik
3 biji cili merah - dihiris
2 sudu kecil air limau nipis

3 biji bawang merah yang dibakar.
Garam & gula pasir secukup rasa
Udang besar dicincang halus-halus dalam 5 ekor.

Isikan isi ikan yang sudah di rebus dalam 2 sudu besar.

 




Cara membuatnya
1. Jantung pisang direbus hingga agak lembut dan dihiris halus.

2. Masukkan jantung pisang dalam sebuah bekas. 
3. Isikan  bahan - bahan yang lain itu ke dalam bekas jantung pisang itu. 
4. Gaulkan bahan-bahan itu dengan jantung pisang itu sehingga sebati.
5.   Selamat menjamu selera.....


Potret kasihku......



 Sup Sayur Campur  Berdaging

200-400 g daging lembu ( terpulanglah byk mana suka… lebih byk daging lebih sedap )
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan lada putih
1 inci halia kobis sedikit
Kobis bunga
Lobak( di potong bulat atau memanjang )
Daun sup
 Balkoni
Garam secukup rasa
Sedikit perasa jika suka ( saya guna 1 sudu makan stok ayam maggie dalam botol )

Cara Penyediaan
1. Tumbuk lada putih, bawang putih, halia, bawang merah hingga lumat.
2. Tumis bahan tumbuk dalam periuk hingga berbau harum.
3. Masukkan daging, masakkan hingga daging kecut.
4. Kemudian masuk air separuh atau 3/4 periuk, terpulanglah banyak mana kuah yang anda diingini.
5. Masaklah hingga kuah mendidih dan daging empuk.
6. Setelah daging empuk bolehlah masukkan sayur-sayuran.
7. Sesuaikan rasa bolehhlah diangkat.
8. selamat menjamu selera.

Thursday, 13 October 2011

KENAPA BEGINI????

 
Beginikah seorang pelajar????

Terbebankah bergelar pelajar????

Kenapa begini???

Dugaan???

Adakah salah waktu?????

Adakah masa kejam terhadap kita????

Adakah kita bersikap kejam dengan masa???

Tepuk dada tanya selera???

Tekanankah kita???????


Beginikah seorang pelajar?

Bebankah seorang pelajar??
Dugaan??????
begini lah reaksi kehidupan???
Adakah salah waktu???

masa???????

Setiap hari ia akan membuka satu rekening baru untuk kita. Setiap malam ia akan menghanguskan yang tersisa. Jika kita tidak menggunakannya maka kesesalan menghampiri kita. Kita tidak akan menariknya kembali. kita tidak dapat meminta "ulang muka" untuk kesokkan harinya. Kita harus hidup di dalam simpanan hari ini. Maka dari itu investasikanlah untuk bekalan amalan,kesihatan, kebahagian dan kesuksesan kita dan orang orang di sekeliling kita. Jam terus berdetak. Gunakanlah waktu kita sebaik - baiknya. 


Agar tahu pentingnya waktu SETAHUN, tanyakan pada pelajar yang gagal.


Agar tahu pentingnya waktu SEBULAN, tanyakan pada ibu yang melahirkan bayi prematur. 


Agar tahu pentingnya waktu SEMINGGU, tanyakan pada kekasih yang menunggu untuk bertemu.


Agar tahu pentingnya waktu SEJAM, tanyakan pada orang yang ketinggalan pesawat terbang.


Agar tahu pentingnya waktu SEMiNIT, tanyakan pada orang yang akan di temuduga.

Saturday, 1 October 2011

AMALAN PEMAKANAN KISMIS


Kismis merupakan salah satu daripada makanan yang sangat berkhasiat.
Amalan pemakanan kismis boleh membantu seseorang individu tersebut mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Kandungi zat besi yang ada pada  kismis memang sangat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi disalurkan ke otak.
Contoh cara amalan pemakanan kismis yang di amalkan menurut islam seperti:

  •  Menghadap kiblat
  • Membaca bismillah dan diikuti dengan selawat ke atas nabi Muhammad sebanyak 3 kali.
  • Membaca doa penerang hati
  • Masuk ke dalam mulut dan kemam seperti gula-gula, jangan dikunyah kismis itu.
  • Makan kismis itu sebiji-biji sehingga habis.
  • Kismis itu perlu dimakan dengan nombor ganjil seperti sebanyak 7,15 atau 21 biji
Amalkan pemakanan kismis dalam kehidupan harian anda. InsyaAllah...

KU TELAN BISIKAN RINDU

Ku hidu bau kerinduan yang membuak-buak

Kerinduan ini mengusik jiwaku...

Ku pemburu pedih derita rindu...












Perkhabaran kesihatanmu...

mengusar batinku.....

Ku hangat meronta dalam keresahan menanti khabarmu....

Ku harus memasukkan warna rindu itu ke dalam batinku....

Bagai warna aspirasi.



Di tangan.... ku genggam harapan-harapanmu...

Kini, ku hirup pahit rindu bagai harum rindu...

Demi  menggalas amanahmu....

Ayah...ibu......


HANYA KAU YANG SATU

TanpaMu...hidupku kegelapan

HadirMu...hidupku gemerlapan

Tiada ungkapan rahsia antara kita

Segalanya ku siramkan....






Kau di sisi bila ku dambakan

Kau penawar tika jiwaku kekosongan


Walau wajah tak bertatap

Namun, ku rasa getar tika hadirMu

Seakan membelai rohaniku

Walau rentetanku penuh penuh duri

Namun, ku redhai dengan rencanaMu

Kau pengatur halaku....


Hanya kau tempatku berserah

HidayahMu...bagai titi kabus duriku

Hanya kau tempat ku berserah...


HidayahMu... bagai titi kabus duriku

Hanya kasihMu.. yang ku dambakan

Hanya kau penentu jalan pulangku..
.
Ku sujud dalam redhaMu

Hanya kau yang satu..

Kau yang satu..Ya Allah......Ya Tuhanku..

Ya Allah........

Friday, 30 September 2011

LUAHAN HATI

Bismillahirahmanirrahim..
.

Ku bersyukur kerana masih dikurniakan roh dan jasad untuk berjuang..

Seorang hamba....

Seorang anak...

Seorang mahasiswa..
Perjuangan ini memerlukan pengorbanan yang besar..
Pengorbanan ini ganjaranku untuk merentas perjalanan yang penuh pancaroba.
Pancaroba ini ujian setiap manusia yang bergelar hamba..Mu
Teguhkan hati, kuatkan semangat yang gitu.



 Ya Allah..

Bantulah saudaraku ini yang berjuang demi ilmu
Terangi hatinya dengan nur hidayahMu...
Seumpama sinaran bulan purnama menerangi malam
Serikanlah tubuh diselimuti lelah
Tanamkan istiqamah dan kesungguhan
dalam dirinya agar tiada putus asa
Temani jiwanya dengan kesabaran dan ketenangan
dan...hadirkan senyuman kesyukuran tika kejayaan datang menyapa..

DODOL???


 Dodol merupakan sejenis makanan tradisional yang cukup sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidillfitri. Walaupun dodol kurang digemari oleh anak-anak zaman IT, namun permintaan terhadap kuih tradisional ini masih tinggi dan mudah didapati di pasaran.

Dodol merupakan antara pelbagai jenis kuih tradisional Melayu yang seharusnya dijaga oleh generasi sendiri kerana kuih tradisional ini merupakan wajah dan identit Melayu yang seharusnya dipelihara supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas oleh bangsa kita.

Ingatlah, sesedap manapun makanan moden sekarang,ia tidak sama dengan makanan tradisional kerana kuih tradisional mempunyai nilai-nilai estetika asal-usul,adat dan budaya peradaban tamadun sesuatu bangsa.

RESEPI MEMBUAT DODOL




BAHAN-BAHAN
1.8 kg tepung pulut
300 gm tepung beras
3.6 kg gula melaka 12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan

CARA PENYEDIAAN
  • Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan. 
  • Setelah itu, tapis ke dalam kuali besi.
  • Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan.
  • Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
  • Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau dan apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak.
  • Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. 
  • Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. 
  • Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik.
  • Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan.
  • Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. 
  • Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.
  • Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.
  • Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar.
  • Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat.
  • Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

JIKA AL-QURAN MAMPU BERBICARA

Bismillahirahmanirrahim...

Waktu engkau masih kanak-kanak...
Engkau laksana teman sejatiku
Dengan wuduk, Aku engkau sentuh dalam keadaan suci,
Aku engkau pegang
Aku,engkau junjung dan engkau pelajari
Aku engkau baca dengan suara perlahan
terkadang dengan suara yang kuat setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra.

Sekarang engkau telah dewasa.....
Nampaknya engkau sudah tidak berminat lagi padaku...
Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambahkan pengetahuanmu
atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yag belajar mengaji...
Sekarang, aku tersimpan rapi sekali,
Sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.
Kadang kala aku dijadikan mas kahwin
Agar kau dianggap bertakwa
Atau aku engkau jadikan penangkal
untuk menakutkan syaitan dan iblis.
Kini aku lebih banyak tersingkir
dibiarkan dalam kesedirian, kesepian..
Di dalam almari, di dalam laci,
Aku engkau pendamkan

Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku...
Walau hanya sebaris ayat
Seperti dulu.. waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Janga aku engaku biarkan aku sendiri...
Dalam bisu dan sepi...

ADUHAI COKLAT

Aku tidak tahu
Kalau kau boleh membahayaku

Aku tidak tahu
Kalau kau mengandungi candu

Aku tidak tahu
Kenapa aku tidak dapat membencimu




Aku tidak tahu
Ku selalu ingin di sampingmu

Aku tidak tahu
Kenapa aku terjerat dalam percikan personamu

Aku tidak tahu
Kenapa aku terjerat dengan rasa dan aromamu

Aku tidak tahu
Kenapa jiwaku kini dibius cintamu

Aku tidak tahu
Kenapaku serasi di sampingmu

Aku tidak tahu
Kau amat menyenangkan jiwaku

Aku tidak tahu
Kau merupakan syifa tika ku berdukacita

Aku tidak tahu
Kau pencetus semangatku

Aku tidak tahu
Kenapa kau begitu coklat...

Coklat...oh coklat....

Thursday, 29 September 2011

KERNA KAU DODOL

Kerna kau
Begitu istimewa dalam hidupku

Kerna kau
Sumber aspirasiku

Kerna kau
Hidupku penuh coretan

Kerna kau
Sumberku menuntut ilmu

Kerna kau
Ku sanggup memerah sepenuh tenaga dan jiwa

Kerna kau
Ku menjadi seorang yang tekun

Kerna kau
Tempat ku bercanda ria

Kerna kau
Tempat ku berkasih sayang

Kerna kau
Aku dapat membahagi segala kesengsaraan

Kerna kau
Mengerti perasaanku

Kerna kau
Pengukir senyum kocak kebahagiaan

Kerna kau
Hidupku penuh sinar

Kerna kau
Ku menjadi seorang pejuang.....