Friday, 9 December 2011

DODOL TEMPAT BERBAGI CANDA, MENUMPAH IKATAN KASIH

DODOL...
Begitu istimewa dalam hidupku

DODOL
Sumber aspirasiku

DODOL
Hidupku penuh coretan

DODOL
Tempat ku bercanda ria

DODOL
Tempat ku berkasih sayang

DODOL
Aku dapat membahagi segala kesengsaraan

DODOL
Mengerti perasaanku



DODOL
Pengukir senyum kocak kebahagiaan

DODOL
Hidupku penuh sinar

SECANGKIR KOPI PENIUP SEMANGAT SANG PENULIS



SECANGKIR KOPI MEMBEKALKAN KECEKALAN DAN SEMANGAT SANG PENULIS...

SETIAP KALI MATAKU TERASA MENGANTUK

KOPI PEKAT INILAH YANG MENIUP KEMBALI KEKUATAN DIRIKU..

UNTUK MENULIS DAN TERUS MENULIS...

TANPAMU KOPI...MUNGKIN KU SUDAH LONGLAI DI KAMAR CINTAKU...

HADIRMU DISISIKU AMAT BERHARGA BAGIKU...

TERIMA KASIH...KOPI.

SEBUKU ROTI---SEBUAH CERPEN






Tepung roti, yis kering, telur dan mentega adalah watak yang diadun dalam latarnya-bekas membuat roti.


Cara-cara membuat roti pula adalah teknik penceritaannya.


Roti  sudah tentu subjek atau temanya.

Ketulan tepung yang sudah diuli atas dulang dan kemudiannya dibakar dalam ketuhar adalah penyusunan peristiwa yang membangunkan cerita. 

Membentuk roti sama ada bulat atau pipih pula adalah stail atau gaya pengarang meluahkan ekspresi kata-katanya.

Maka jadilah roti-cerpen....

PUDING GULA HANGUS

                                               

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur ayam
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
  2. Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
  3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
  4. Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......


KHASIAT BUAH DELIMA

Buah yang manis
1- Membaikkan usus-usus dan menguatkannya.
2- Ianya kurang sesuai untuk orang demam.
3- Bila dimakan bersama roti, roti tersebut tidak hancur.
4- Untuk membersihkan bahagian dalam halkum dan sesuai mengubati batuk.




Buah yang masam 

1- Melawaskan kencing.
2- Menyucikan perut dan mencegah dari muntah.
3- Menurunkan kepanasan hati dan menguatkan anggota badan.
4- mencegah penyakit bagi hati dan penyakit dudina.
Boleh mengubati penyakit kuning mata putih :
- Ambil airnya lalu dicampurkan dengan sedikit madu, kemudian dipanaskan sehingga pekat dan disapu pada kening.




Khasiat Bijinya
1- Tumbuk bijinya sehingga halus dan campurkan sedikit madu, dapat mengubati kebenjolan dan luka yang teruk.
2- Jika menelan 3 bijinya akan terhindar sama sekali dari sakit mata untuk sepanjang tahun itu.

Kek Coklat Basah (kukus) Kegemaranku....


Bahan A
* 1 cawan serbuk koko 
* 1 cawan susu isian(cair)
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 cawan gula
* 1 cawan minyak masak
* 3 biji telur

Bahan B
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil soda bikabonat
* 1 sudu kecil baking powder





Cara-cara  Membuat
 
* Campur serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.

* Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya. 

* Pukul telur hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan (masih dengan mixer pemukul telur tadi). 

* Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti dengan making powder dan soda bikarbonat dan gaul hingga sebati.

* Selepas itu, masukkan bahan A dan gaul atau kacau hingga sebati.. Selepas itu, tuang ke dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya.
 
* Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. 

            Selamat mencuba.......Selamat menikmati....



Makanan Penguat Ikatan Kekeluarga

MASAKAN IBU TIADA TANDINGAN DALAM HATI KELUARGAKU....
MASAKAN IBU MENJADIKAN KELUARGAKU BERKUMPUL, BERKERJASAMA DAN MENJADI KAMI BERGURAU SENDA DI DAPUR....KENANGAN SELALU MENCUIT HATIKU KETIKA BERADA BERJAUHAN MU IBU..AYAH...KELUARGAKU....
KU TITIKKAN RESEPI INI BAGI MENUMPAHKAN ISI RINDUKU....




BAHAN-BAHAN MEMBUAT NASI DAGANG IBUKU

* Beras pulut merah
* Santan pekat
* Bawang putih-dimayang
* Bawang merah-dimayang
* Halia - hiris nipis-nipis
* Sedikit halba
* garam, gula




CARA-CARANYA:
1. Bersihkan beras dan rendam seketika.
2. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
3. Toskan beras. Kukus sekejap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
4. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
5. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol, gulai ayam, telur tebus dan acar.
6. Selamat mencuba dan menikmati....