BAHAN-BAHAN
1.8 kg tepung pulut
300 gm tepung beras
3.6 kg gula melaka 12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
- Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan.
- Setelah itu, tapis ke dalam kuali besi.
- Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan.
- Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
- Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau dan apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak.
- Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar.
- Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak.
- Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik.
- Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan.
- Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit.
- Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.
- Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.
- Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar.
- Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat.
- Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

No comments:
Post a Comment