Friday, 30 September 2011

LUAHAN HATI

Bismillahirahmanirrahim..
.

Ku bersyukur kerana masih dikurniakan roh dan jasad untuk berjuang..

Seorang hamba....

Seorang anak...

Seorang mahasiswa..
Perjuangan ini memerlukan pengorbanan yang besar..
Pengorbanan ini ganjaranku untuk merentas perjalanan yang penuh pancaroba.
Pancaroba ini ujian setiap manusia yang bergelar hamba..Mu
Teguhkan hati, kuatkan semangat yang gitu.



 Ya Allah..

Bantulah saudaraku ini yang berjuang demi ilmu
Terangi hatinya dengan nur hidayahMu...
Seumpama sinaran bulan purnama menerangi malam
Serikanlah tubuh diselimuti lelah
Tanamkan istiqamah dan kesungguhan
dalam dirinya agar tiada putus asa
Temani jiwanya dengan kesabaran dan ketenangan
dan...hadirkan senyuman kesyukuran tika kejayaan datang menyapa..

DODOL???


 Dodol merupakan sejenis makanan tradisional yang cukup sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidillfitri. Walaupun dodol kurang digemari oleh anak-anak zaman IT, namun permintaan terhadap kuih tradisional ini masih tinggi dan mudah didapati di pasaran.

Dodol merupakan antara pelbagai jenis kuih tradisional Melayu yang seharusnya dijaga oleh generasi sendiri kerana kuih tradisional ini merupakan wajah dan identit Melayu yang seharusnya dipelihara supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas oleh bangsa kita.

Ingatlah, sesedap manapun makanan moden sekarang,ia tidak sama dengan makanan tradisional kerana kuih tradisional mempunyai nilai-nilai estetika asal-usul,adat dan budaya peradaban tamadun sesuatu bangsa.

RESEPI MEMBUAT DODOL




BAHAN-BAHAN
1.8 kg tepung pulut
300 gm tepung beras
3.6 kg gula melaka 12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan

CARA PENYEDIAAN
  • Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan. 
  • Setelah itu, tapis ke dalam kuali besi.
  • Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan.
  • Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
  • Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau dan apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak.
  • Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. 
  • Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. 
  • Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik.
  • Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan.
  • Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. 
  • Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.
  • Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.
  • Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar.
  • Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat.
  • Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

JIKA AL-QURAN MAMPU BERBICARA

Bismillahirahmanirrahim...

Waktu engkau masih kanak-kanak...
Engkau laksana teman sejatiku
Dengan wuduk, Aku engkau sentuh dalam keadaan suci,
Aku engkau pegang
Aku,engkau junjung dan engkau pelajari
Aku engkau baca dengan suara perlahan
terkadang dengan suara yang kuat setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra.

Sekarang engkau telah dewasa.....
Nampaknya engkau sudah tidak berminat lagi padaku...
Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambahkan pengetahuanmu
atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yag belajar mengaji...
Sekarang, aku tersimpan rapi sekali,
Sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.
Kadang kala aku dijadikan mas kahwin
Agar kau dianggap bertakwa
Atau aku engkau jadikan penangkal
untuk menakutkan syaitan dan iblis.
Kini aku lebih banyak tersingkir
dibiarkan dalam kesedirian, kesepian..
Di dalam almari, di dalam laci,
Aku engkau pendamkan

Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku...
Walau hanya sebaris ayat
Seperti dulu.. waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Janga aku engaku biarkan aku sendiri...
Dalam bisu dan sepi...

ADUHAI COKLAT

Aku tidak tahu
Kalau kau boleh membahayaku

Aku tidak tahu
Kalau kau mengandungi candu

Aku tidak tahu
Kenapa aku tidak dapat membencimu




Aku tidak tahu
Ku selalu ingin di sampingmu

Aku tidak tahu
Kenapa aku terjerat dalam percikan personamu

Aku tidak tahu
Kenapa aku terjerat dengan rasa dan aromamu

Aku tidak tahu
Kenapa jiwaku kini dibius cintamu

Aku tidak tahu
Kenapaku serasi di sampingmu

Aku tidak tahu
Kau amat menyenangkan jiwaku

Aku tidak tahu
Kau merupakan syifa tika ku berdukacita

Aku tidak tahu
Kau pencetus semangatku

Aku tidak tahu
Kenapa kau begitu coklat...

Coklat...oh coklat....

Thursday, 29 September 2011

KERNA KAU DODOL

Kerna kau
Begitu istimewa dalam hidupku

Kerna kau
Sumber aspirasiku

Kerna kau
Hidupku penuh coretan

Kerna kau
Sumberku menuntut ilmu

Kerna kau
Ku sanggup memerah sepenuh tenaga dan jiwa

Kerna kau
Ku menjadi seorang yang tekun

Kerna kau
Tempat ku bercanda ria

Kerna kau
Tempat ku berkasih sayang

Kerna kau
Aku dapat membahagi segala kesengsaraan

Kerna kau
Mengerti perasaanku

Kerna kau
Pengukir senyum kocak kebahagiaan

Kerna kau
Hidupku penuh sinar

Kerna kau
Ku menjadi seorang pejuang.....